Campurtangan Asing Sultan_Muhammad_IV

Perluasan Kuasa Siam

Pertikaian dalaman yang berlarutan sejak pemerintahan Sultan Muhammad III dan Sultan Mansur telah memberi ruang pada Kerajaan Siam untuk meluaskan semula pengaruh di Kelantan.[5]. Langkah Tuan Long Senik yang meminta bantuan Siam semasa proses peralihan kuasa selepas kemangkatan Sultan Mansur meningkatkan lagi pengaruh Siam. Siam telah membantu Tuan Long Senik dengan menghantar seorang pesuruhjaya, sebuah kapal perang dan askar ke Kota Bahru.[6].

Perluasan Kuasa British

Selain Siam, pihak British juga berusaha untuk meluaskan pengaruh di Kelantan dengan campur tangan di dalam peralihan kuasa Sultan sejak kemangkatan Sultan Ahmad.[7] Walaubagaimanapun, usaha tersebut dilakukan secara halus kerana British masih terikat dengan Perjanjian Burney 1826 yang ditandatangani dengan Siam.

Permulaan Sistem Penasihat

Pada tahun 1902, Siam dan British telah menandatangani perjanjian baru yang dikenali sebagai Perjanjian Siam British 1902. Berikutan perjanjian ini, Kelantan telah dipaksa untuk mendatangani Perjanjian Siam Kelantan 1902 yang membolehkan Siam melantik seorang penasihat berbangsa British di Kelantan.[8] Pada 25 Julai 1903, W. A. Graham, Penasihat Siam untuk kerajaan Kelantan, H W Thomson, Penolong Penasihat dan Mom Chao Charoon, Timbalan Pesuruhjaya Monthon Nakorn Sri Tammarat, tiba di Kelantan bagi menandakan bermulanya sistem penasihat.[9]